Peraturan Umum
- Pendaftaran pelajar baru dibuka pada minggu pertama bulan JANUARI & JULAI setiap tahun.
- Borang Permohonan masuk boleh di dapati di pejabat atau dimuat turun dan di lengkapkan kemudian diserahkan kepada bahagian Pendaftaran.
- Setiap Borang Permohonan hendaklah lengkap dengan :
a.Salinan Surat Beranak.
b.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
c.Salinan Kad Pengenalan Kedua Ibubapa.
d.Salinan Sijil Sekolah Terdahulu.
e.Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
f.4 Keping Gambar Warna terkini.
- Asrama disediakan kepada semua pelajar putera dan puteri. Pelajar dikehendaki membawa peralatan tidur dan lain-lain keperluan yang dibenarkan.
- Pelajar tidak dibenarkan memiliki kamera, radio kaset, telefon bimbit, laptop/netbook, mp3/mp4 dan lain-lain barang yang akan dimaklumkan kemudian.
- Pelajar puteri tidak digalakkan memakai barangan kemas.
- Kad Pengenalan pelajar mestilah diserahkan di Pejabat .
- Duit belanja harian hendak di simpan di Pejabat dan pelajar boleh mengambil mengikut waktu yang dibenarkan oleh Guru bahagian Tabung saku pelajar.
- Pelajar tidak dibenarkan pulang, melainkan dengan keizinan dari Jabatan Muraqib.
- Lain-lain peraturan ada termaktub dalam Buku Peraturan PPTIK.
No comments:
Post a Comment