Saturday, November 6, 2010

Peraturan Umum

  1. Pendaftaran pelajar baru dibuka pada minggu pertama bulan JANUARI & JULAI setiap tahun.
  2. Borang Permohonan masuk boleh di dapati di pejabat atau dimuat turun dan di lengkapkan kemudian diserahkan kepada bahagian Pendaftaran.
  3. Setiap Borang Permohonan hendaklah lengkap dengan  : 
  4. a.Salinan Surat Beranak. 
    b.Salinan Kad Pengenalan Pemohon. 
    c.Salinan Kad Pengenalan Kedua Ibubapa. 
    d.Salinan Sijil Sekolah Terdahulu. 
    e.Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
     f.4 Keping Gambar Warna terkini.
  1. Asrama disediakan kepada semua pelajar putera dan puteri. Pelajar dikehendaki membawa peralatan tidur dan lain-lain keperluan yang dibenarkan.
  2.  Pelajar tidak dibenarkan memiliki kamera, radio kaset, telefon bimbit, laptop/netbook, mp3/mp4  dan lain-lain barang  yang akan dimaklumkan kemudian.
  3. Pelajar puteri tidak digalakkan  memakai barangan kemas.
  4.  Kad Pengenalan pelajar mestilah diserahkan di Pejabat .
  5. Duit belanja harian hendak di simpan di Pejabat dan pelajar boleh mengambil mengikut waktu yang dibenarkan oleh Guru bahagian Tabung saku pelajar.    
  6. Pelajar tidak dibenarkan pulang, melainkan dengan keizinan dari Jabatan Muraqib. 
  7. Lain-lain peraturan ada termaktub dalam Buku Peraturan PPTIK.

No comments:

Post a Comment