Tuesday, April 29, 2014

IHTIFAL KE 37

Sambutan Hari Ihtifal 37 acara tahunan Taman Islam pada 26 hb April 2014 telah menjemput bekas guru Taman Islam Ustaz Wan Hasan Ramli ( Ahli Parlimen Malaysia) sebagai perasmi ihtifal kali ini. terima kasih buat perasmi serta ibubapa yang turut hadir dalam majlis kali ini.




 Nasyid anak-anak guru
 Persembahan Pelajar Tahfiz ATQA 
Para Ibu-ibu yang turut hadir 

Program Ijtimak Pondok Malaysia 2014

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia kali ini telah memilih Pusat pengajian Taman Islam,   sebagai penerima Anugerah Kasih YAB Perdana Menteri di Dewan Mentaloon Kedah Darul Aman pada 24 hb April 2014 .




Bersama dengan DJ pian IKIM.fm
 Dato Dr  Muhammad Afifi Al-Akiti - Felo di Univ Oxford & Prof Emeritus Dr Surin Pitsuwan (Thai)
Pengarah Program Bicara Pondok Hj Taib 

Monday, June 24, 2013

IHTIFAL YANG KE 36


SEMPENA HARI IHTIFAL YANG KE 36 
Program tahunan Taman Islam yang dirasmikan oleh bekas pelajar Taman Islam Ustaz Mazlan Ibrahim yang  juga Mudir Sekolah Agama di Bukit Payung. 
diadakan pada : 18\4\2013 betempat di Dewan Assyafie Mujamma' Taman Islam

 Pelajar penringkat rendah (Ibtidae) menyampaikan lagu selawat Ya Hanana

 Dari kiri Azhar Jusoh bekas pelajar, Ust Zakaria Ali, Ust Mazlan Ibrahim,Ustaz Hj Abd Wahab Ali



 Pelajar thanawi lelaki menerima hadiah



Pelajar peringkat Raudhoh (taski) 

Mengamit nostalgia

Kini sudah berlalu 2 bulan- 25\4\2013 (tarikh meninggal)  pemergian Allahyarhamhu Al-ustaz Haji Mohd Zawawi bin Abdullah yang merupakan Mudir & pengasas Pusat Pengajian Taman Islam yang juga empunya tanah yang diwakafkan untuk pendidikan Islam ini. Semoga Allah mencucuri RahmatNya buatnya di alam sana dan di ampunkan dosa-dosa.

Taman Islam di pimpin oleh al-Ustaz Haji Abdul Wahab bin Ali sebagai Mudir yang dulunya timbalan mudir.
timbalan Mudir 1 : Ustaz Ahmad Fadzli Awang , Timbalan mudir 2 : Ustaz Muhammad Jamil Qusyairi (anak almarhum).

Semoga taman islam terus mengorak langkah untuk maju kehadapan di bawah pimpinan yang baru, AMIN YA RABBAL A'MIN.

Tuesday, November 27, 2012

Taman Islam telah menubuhkan YAYASAN PENDIDIKAN TAMAN ISLAM KEMAMAN TERENGGANU  (YPTIKT)  MAC 2004 untuk membantu merealsasikan pendidikan Islam di Taman Islam untuk melahirkan para alim ulama yang meneruskan kesinabungan risalah ISLAM ini.

Yayasan ini membantu meringankan bebanan perbelanjaan bagi pengajian yang berada dibawahya : - PENGAJIAN MENENGAH - ( 12-18 TAHUN )
- PENGAJIAN RENDAH - (6-12 TAHUN )
- PENGAJIAN PRA SEKOLAH (TASKA) ( 5-6 TAHUN )

YANG TERKINI - BIDANG TAHFIZ AL-QURAN
DI KENDALIKAN OLEH AKADEMI TAHFIZ AL-QURAN AZZAWAWI (ATQA)
YANG JUGA MENJADI AHLI PERSATUAN MAHAAD TAHFIZ MALAYSIA (PERMATA)

SEMOGA USAHA YANG BAIK INI DAPAT MEMBANTU GENERASI YANG AKAN DATANG MEMPELAJARI ILMU AGAMA DAN MEMANTAPKAN LAGI KEFAHAMAN TENTANG ISLAM INI.

UNTUK MENJADIKAN USAHA INI BERJALAN DENGAN BAIK DAN TERSUSUN, MAKA PIHAK YAYASAN MEMERLUKAN SUMBANGAN DERMA BAGI MENJAYAKAN AGENDA YANG BESAR INI.

BERSEDAQAHLAH WALAUPUN SEDIKIT ....

Sunday, November 25, 2012

SALAM ...
MUSLIMIN \MUSLIMAT YANG DIHORMATI !

PIHAK TAMAN ISLAM ADA MENYEDIAKAN PENGAJIAN AGAMA SEBAGAIMANA BERIKUT :-

PENGAMBILAN PELAJAR BAGI SESI 2013\1434H

-ALIRAN TAHFIZ QURAN ( HUBUNGI : 019-967 7076 US MEGAT)
# berumur 10-14 tahun (lelaki sahaja)
# berminat untuk menghafal
# minda & semangat yang kuat untuk menghafal.
# BOLEH MEMBACA JAWI DENGAN BAIK
# ASRAMA , PAKAIAN DI DOBI
# YURAN YANG RENDAH (RM240 MAKAN, ASRAMA DOBI &PENGAJIAN)
-PENGAJIAN TAMABAHAN -ASAS FARDU AIN , ASAS AKADEMIK & PENGAJIAN KITAB TURATH.

- PENGAJIAN AGAMA (MENENGAH) ( HUBUNGI : 019-967 7069 US FADZLI )
# BERUMUR 13- 18 TAHUN LELAKI & PEREMPUAN
# BERMINAT
# YURAN YANG RENDAH (RM 150) MAKAN, ASRAMA & PENGAJIAN


-PENGAJIAN RENDAH ( SRI )( HUBUNGI : 013-9704702)
# BERUMUR 7-12 TAHUN
# TINGGAL DI ASRAMA @ BER-ULANG


JOM ...APA TUNGGU LAGI DAFTAR SEGERA SEBELUM TERLAMBAT...DENGAN MENGHANTAR SMS MAKLUMAT  BERIKUT:
# NAMA,
# KAD PENGENALAN,
# JANTINA,
# ALAMAT,
# UMUR
SILA HANTAR KEPADA MEREKA YANG BERKENAAN.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU PADA 5 JANUARY 2013M\1434H-HARAP MAKLUM


Monday, August 15, 2011

RAHMAT RAMADHAN

Syukur Pada Allah atas nikmat yang tidak terhingga, RAMADHAN kali PPTIK dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat di bulan Ramadhan,  ramai dari kakitangan syarikat & badan-badan NGO yang sudi berbuka puasa dan menghulurkan sumbagan kepada para Pelajar di Taman Islam.












diantaranya MUSLIM AID MALAYSIA, SCHLUMBERGER, QESB (akan buat majlis berbuka) dan tak kurang juga yang dijemput ke tempat meraka seperti EPIC, ALAM MARITIN, CAKNA dll semoga Allah memberkati bagi mereka yang berusaha kepada kebajikan ini ...