Sunday, November 8, 2015

PENDAFTARAN PELAJAR 2016 DIBUKA

-Pendaftaran pelajar baru 2016 1- PENGAJIAN TAHFIZ 2- PENGAJIAN KITAB (PONDOK) PENGAJIAN TAHFIZ TAMAN ISLAM PRA SYARAT -Boleh Membaca,menulis Al-Quran -Berumur 11-13 Tahun -Lelaki Sahaja -lulus temuduga -Hanya 10 orang Sahaja PENGAJIAN KITAB -lelaki & perempuan -berumur 13-20 tahun -boleh membaca, menulis Quran & jawi

Tuesday, April 29, 2014

IHTIFAL KE 37

Sambutan Hari Ihtifal 37 acara tahunan Taman Islam pada 26 hb April 2014 telah menjemput bekas guru Taman Islam Ustaz Wan Hasan Ramli ( Ahli Parlimen Malaysia) sebagai perasmi ihtifal kali ini. terima kasih buat perasmi serta ibubapa yang turut hadir dalam majlis kali ini.




 Nasyid anak-anak guru
 Persembahan Pelajar Tahfiz ATQA 
Para Ibu-ibu yang turut hadir 

Program Ijtimak Pondok Malaysia 2014

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia kali ini telah memilih Pusat pengajian Taman Islam,   sebagai penerima Anugerah Kasih YAB Perdana Menteri di Dewan Mentaloon Kedah Darul Aman pada 24 hb April 2014 .




Bersama dengan DJ pian IKIM.fm
 Dato Dr  Muhammad Afifi Al-Akiti - Felo di Univ Oxford & Prof Emeritus Dr Surin Pitsuwan (Thai)
Pengarah Program Bicara Pondok Hj Taib 

Monday, June 24, 2013

IHTIFAL YANG KE 36


SEMPENA HARI IHTIFAL YANG KE 36 
Program tahunan Taman Islam yang dirasmikan oleh bekas pelajar Taman Islam Ustaz Mazlan Ibrahim yang  juga Mudir Sekolah Agama di Bukit Payung. 
diadakan pada : 18\4\2013 betempat di Dewan Assyafie Mujamma' Taman Islam

 Pelajar penringkat rendah (Ibtidae) menyampaikan lagu selawat Ya Hanana

 Dari kiri Azhar Jusoh bekas pelajar, Ust Zakaria Ali, Ust Mazlan Ibrahim,Ustaz Hj Abd Wahab Ali



 Pelajar thanawi lelaki menerima hadiah



Pelajar peringkat Raudhoh (taski) 

Mengamit nostalgia

Kini sudah berlalu 2 bulan- 25\4\2013 (tarikh meninggal)  pemergian Allahyarhamhu Al-ustaz Haji Mohd Zawawi bin Abdullah yang merupakan Mudir & pengasas Pusat Pengajian Taman Islam yang juga empunya tanah yang diwakafkan untuk pendidikan Islam ini. Semoga Allah mencucuri RahmatNya buatnya di alam sana dan di ampunkan dosa-dosa.

Taman Islam di pimpin oleh al-Ustaz Haji Abdul Wahab bin Ali sebagai Mudir yang dulunya timbalan mudir.
timbalan Mudir 1 : Ustaz Ahmad Fadzli Awang , Timbalan mudir 2 : Ustaz Muhammad Jamil Qusyairi (anak almarhum).

Semoga taman islam terus mengorak langkah untuk maju kehadapan di bawah pimpinan yang baru, AMIN YA RABBAL A'MIN.

Tuesday, November 27, 2012

Taman Islam telah menubuhkan YAYASAN PENDIDIKAN TAMAN ISLAM KEMAMAN TERENGGANU  (YPTIKT)  MAC 2004 untuk membantu merealsasikan pendidikan Islam di Taman Islam untuk melahirkan para alim ulama yang meneruskan kesinabungan risalah ISLAM ini.

Yayasan ini membantu meringankan bebanan perbelanjaan bagi pengajian yang berada dibawahya : - PENGAJIAN MENENGAH - ( 12-18 TAHUN )
- PENGAJIAN RENDAH - (6-12 TAHUN )
- PENGAJIAN PRA SEKOLAH (TASKA) ( 5-6 TAHUN )

YANG TERKINI - BIDANG TAHFIZ AL-QURAN
DI KENDALIKAN OLEH AKADEMI TAHFIZ AL-QURAN AZZAWAWI (ATQA)
YANG JUGA MENJADI AHLI PERSATUAN MAHAAD TAHFIZ MALAYSIA (PERMATA)

SEMOGA USAHA YANG BAIK INI DAPAT MEMBANTU GENERASI YANG AKAN DATANG MEMPELAJARI ILMU AGAMA DAN MEMANTAPKAN LAGI KEFAHAMAN TENTANG ISLAM INI.

UNTUK MENJADIKAN USAHA INI BERJALAN DENGAN BAIK DAN TERSUSUN, MAKA PIHAK YAYASAN MEMERLUKAN SUMBANGAN DERMA BAGI MENJAYAKAN AGENDA YANG BESAR INI.

BERSEDAQAHLAH WALAUPUN SEDIKIT ....

Sunday, November 25, 2012

SALAM ...
MUSLIMIN \MUSLIMAT YANG DIHORMATI !

PIHAK TAMAN ISLAM ADA MENYEDIAKAN PENGAJIAN AGAMA SEBAGAIMANA BERIKUT :-

PENGAMBILAN PELAJAR BAGI SESI 2013\1434H

-ALIRAN TAHFIZ QURAN ( HUBUNGI : 019-967 7076 US MEGAT)
# berumur 10-14 tahun (lelaki sahaja)
# berminat untuk menghafal
# minda & semangat yang kuat untuk menghafal.
# BOLEH MEMBACA JAWI DENGAN BAIK
# ASRAMA , PAKAIAN DI DOBI
# YURAN YANG RENDAH (RM240 MAKAN, ASRAMA DOBI &PENGAJIAN)
-PENGAJIAN TAMABAHAN -ASAS FARDU AIN , ASAS AKADEMIK & PENGAJIAN KITAB TURATH.

- PENGAJIAN AGAMA (MENENGAH) ( HUBUNGI : 019-967 7069 US FADZLI )
# BERUMUR 13- 18 TAHUN LELAKI & PEREMPUAN
# BERMINAT
# YURAN YANG RENDAH (RM 150) MAKAN, ASRAMA & PENGAJIAN


-PENGAJIAN RENDAH ( SRI )( HUBUNGI : 013-9704702)
# BERUMUR 7-12 TAHUN
# TINGGAL DI ASRAMA @ BER-ULANG


JOM ...APA TUNGGU LAGI DAFTAR SEGERA SEBELUM TERLAMBAT...DENGAN MENGHANTAR SMS MAKLUMAT  BERIKUT:
# NAMA,
# KAD PENGENALAN,
# JANTINA,
# ALAMAT,
# UMUR
SILA HANTAR KEPADA MEREKA YANG BERKENAAN.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU PADA 5 JANUARY 2013M\1434H-HARAP MAKLUM


Monday, August 15, 2011

RAHMAT RAMADHAN

Syukur Pada Allah atas nikmat yang tidak terhingga, RAMADHAN kali PPTIK dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat di bulan Ramadhan,  ramai dari kakitangan syarikat & badan-badan NGO yang sudi berbuka puasa dan menghulurkan sumbagan kepada para Pelajar di Taman Islam.












diantaranya MUSLIM AID MALAYSIA, SCHLUMBERGER, QESB (akan buat majlis berbuka) dan tak kurang juga yang dijemput ke tempat meraka seperti EPIC, ALAM MARITIN, CAKNA dll semoga Allah memberkati bagi mereka yang berusaha kepada kebajikan ini ...

MAKLUMAN CUTI

PPTIK akan bercuti Sempena Hari Raya Eidil Fitri 1432H pada 18/08/2011 hingga 10/09/2011 bersamaan 18 Ramadhan 1432H berakhir 12 Syawwal 1432H ......Harap Maklum.

RAMADHAN NUL KARIM

Kami Guru -guru mengucapkan selamat menjalani Ibadah Puasa RAmadhan Dan Selamat Menyambut Hari RAya Eidil Fitri 1432 . Salam ta'zim intuk semua !

Sunday, January 9, 2011

Ahlan wasahlan buat pelajar baru

selamat datang buat pelajar baru thn 2011 dan buat pelajar lama teruskan kesungguhan anda dalam mencari ilmu serta menimbanya dengan bersungguh-sungguh, tekun berusaha dan bertaqwaaan kepada Allah .

Wednesday, December 8, 2010

Pengajian Tahfiz Quran Di Taman Islam

Asssalamulaikum !
Setelah 33 tahun Taman Islam menyediakn pengajian Islam kepada generasi umat Islam serantau, kini pertama kali dalam sejarah Taman Islam menambahkan satu lagi pengajian aliran Tahfiz Al-Quran sepenuh masa untuk memberi khidmat kepada para pelajar untuk menghafaz Al-Quran.
Insya Allah untuk sesi 2011/1432H menjemput para pelajar untuk mengisi kekosongan ini dan ianya dihadkan hanya sekitar 20 oarang sahaja.
Segala maklumat boleh dilayar melalui  : www.atqahafizquran.blogspot.com

Tuesday, November 16, 2010

Salam Eidil Adha

Assalamualaikum..
Warga PPTIK mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban/Haji  buat semua muslimin & muslimat serta ibubapa pelajar PPTIK semoga  Ibadah Qurban yang dilakukan diterima Allah serta mendapat berkat & RedhaNya. Di PPTIK sebanyak 25 ekor lembu selamat di sembelih dalam satu majlis Qurban pada Hari Raya Pertama. Terima Kasih kepada yang telah mengambil bahagian kali ini dan terima kasih juga kepada yang telah mentarabu'kan daging-daging Qurban mereka di PPTIK . Smoga bertemu semula dalam sesi Qurban yang akan datang..Syukran Jazilan.

Sunday, November 7, 2010

صورنا

أهلا وسهلا ومرحبا بكم جميعا أتيتم أهلا ونزلتم سهلا
الباب الرئسي من المركز الدراسي تامن إسلام
 
ساحة المركز- مكان الاجتماع الصبحي
صور بعض الأساتذة
من اليمين : أ أحمد فضلي. أ وان حسن .أ عبدالله. أ زكريا. أ أحمد أيوب. أ حاج عبد الوهاب
 مُجمّع المركز الدراسي الاسلامي

داخل مجمع (ديوان إمام الشافعي) في إحدى المناسبات

يوم الاحتفال لكل العام

MAKLUMAN CUTI

PPTIK akan bercuti sempena: 

  • Hari Raya Eidul Adha & dan Cuti Akhir Tahun 2010/1431 pada 12/11/2010M bersamaan 6 Zulhijjah 1431 
  •  Sesi baru pengajian 2011/1432 pada 01/01/2011 Insya Allah.

Saturday, November 6, 2010

Pakaian Pelajar

PAKAIAN PELAJAR PUTERA

  • Pakaian Seragam Sekolah :
1.
2 helai Jubah Putih (Pelajar Thanawi
2.
2 helai jubah hijau ( Pelajar E’dadi)
3.
2 helai jubah marron ( pelajar Ibtidae
4.
2 helai serban putih & 2 biji kopiah
5.
Sepasang kasut berwarna hitam

  •       Pakaian Harian :
1.
Jubah putih untuk solat
2.
Seluar slack (seluar jeans tidak dibenarkan)
3.
Baju kemeja atau T shirt yang tidak bergambar dan tidak mepunyai tulisan yang tidak sopan)

  •       Pakaian Semasa Keluar :
1.
Baju yang disedia oleh pihak Sekolah
2.
Seluar slack berwarna hitam

PAKAIAN PELAJAR PUTERI
  •       Pakaian Seragam Sekolah :
1.
2 helai Jubah & jilbab yang berwarna hitam, sarung tangan & stokin berwarna hitam untuk pelajar menengah.
2.
2 helai Jubah warna marron & jilbab yang berwarna pink (pelajar rendah)
3.
Sepasang kasut berwarna hitam

  •       Pakaian Semasa Keluar :
1.
Jubah berwarna marron
2.
Jilbab berwarna putih

  •     Pelajar hanya dibenarkan memakai barang kemas sekadar minima sahaja. Sebarang kehilangan disebabkan kecuain sendiri pihak sekolah tidak bertanggung jawab.      
  •      Pelajar dilarang membawa atau memakai pakaian yang tidak sopan.

Peraturan Umum

  1. Pendaftaran pelajar baru dibuka pada minggu pertama bulan JANUARI & JULAI setiap tahun.
  2. Borang Permohonan masuk boleh di dapati di pejabat atau dimuat turun dan di lengkapkan kemudian diserahkan kepada bahagian Pendaftaran.
  3. Setiap Borang Permohonan hendaklah lengkap dengan  : 
  4. a.Salinan Surat Beranak. 
    b.Salinan Kad Pengenalan Pemohon. 
    c.Salinan Kad Pengenalan Kedua Ibubapa. 
    d.Salinan Sijil Sekolah Terdahulu. 
    e.Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
     f.4 Keping Gambar Warna terkini.
  1. Asrama disediakan kepada semua pelajar putera dan puteri. Pelajar dikehendaki membawa peralatan tidur dan lain-lain keperluan yang dibenarkan.
  2.  Pelajar tidak dibenarkan memiliki kamera, radio kaset, telefon bimbit, laptop/netbook, mp3/mp4  dan lain-lain barang  yang akan dimaklumkan kemudian.
  3. Pelajar puteri tidak digalakkan  memakai barangan kemas.
  4.  Kad Pengenalan pelajar mestilah diserahkan di Pejabat .
  5. Duit belanja harian hendak di simpan di Pejabat dan pelajar boleh mengambil mengikut waktu yang dibenarkan oleh Guru bahagian Tabung saku pelajar.    
  6. Pelajar tidak dibenarkan pulang, melainkan dengan keizinan dari Jabatan Muraqib. 
  7. Lain-lain peraturan ada termaktub dalam Buku Peraturan PPTIK.

Friday, November 5, 2010

BAYARAN PERSEKOLAHAN

BIL
JENIS BAYARAN
TEMPOH
JUMLAH
1
PENDAFTARAN
Sekali sahaja
$50.00
2
KEMUDAHAN ASAS
Sekali sahaja
100
3
PENGGAL
Setiap Tahun
$180.00
4
ASRAMA
Setiap Tahun
$40.00
5
BAKTI
Setiap Tahun
$40.00
6
PERIKSAAN
Setiap Tahun


i-Thanawi
$30.00

ii-E'dadi & Intiqaliah
$20.00

iii- Ibtidae
$10.00
7
BULANAN
Setiap Bulan
$120.00
8
YURAN PENGAJIAN
Setiap Bulan
$30.00
9
KITAB
Setiap Tahun


i-Thanawi
$130.00

ii-E'dadi & Intiqaliah
$100.00

iii- Ibtidae
$50.00

RUMUSAN BAYARAN DI PERINGKAT THANAWI
SEKALI SAHAJA
TAHUNAN
BULANAN
JUMLAH KESULURUHAN
Daftar
$50.00
Penggal
$180.00
Makan
$120.00
Asas
$100.00
Asrama
$40.00
Pengajian
$30.00


Bakti
$40.00




Imtihan
$30.00




Kitab
$130.00








JUMLAH
$150.00

$420.00

$150.00
$720.00
  • Bayaran Tambahan Untuk Pelajar Robe' Thanawi bagi Sijil SYAHADAH THANAWIYYAH sebanyak RM150.00
RUMUSAN BAYARAN DI PERINGKAT E'DADI
SEKALI SAHAJA
TAHUNAN
BULANAN
JUMLAH KESULURUHAN
Daftar
$50.00
Penggal
$180.00
Makan
$120.00
Asas
$100.00
Asrama
$40.00
Pengajian
$30.00


Bakti
$40.00




Imtihan
$20.00




Kitab
$100.00








JUMLAH
$150.00

$380.00

$150.00
$680.00
RUMUSAN BAYARAN DI PERINGKAT IBTIDAE
SEKALI SAHAJA
TAHUNAN
BULANAN
JUMLAH KESULURUHAN
Daftar
$50.00
Penggal
$180.00
Makan
$120.00
Asas
$100.00
Asrama
$40.00
Pengajian
$30.00


Bakti
$40.00




Imtihan
$10.00




Kitab
$50.00








JUMLAH
$150.00

$320.00

$150.00
$620.00
UNTUK MAKLUMAN
YURAN TAHUNAN BOLEH DIBAYAR MENGIKUT PENGGAL PERTAMA
DAN PENGGAL KEDUA BERMULA BULAN JANUARI - JUN & JULAI -DISEMBER
SETIAP TAHUN.